Wednesday, September 20, 2017

5 Mitos Anda Perlu Tahu Tentang Diving


1.      Terdapat jerung di lautan dan makan penyelam!
Jerung tidak mempunyai tabiat makan manusia. Kecuali jika mereka berada dalam keadaan dan persekitaran tertentu. Jerung biasanya tidak akan berada dekat dengan penyelam ketika di dalam air. Cuba kita lihat pada pandangan jerung. Seekor jerung sedang berenang di dalam lautan dalam dan tiba-tiba jerung itu terlihat buih-buih yang banyak dari makhluk yang tidak dikenali dan kemudian memantulkan cahaya (camera) kepada jerung itu. Perkara pertama yang jerung akan lakukan adalah patah balik dan lari!

2.      Perlu beli bermacam gear scuba hanya untuk belajar scuba diving.
Scuba adalah sukan intensif gear, tetapi anda hanya memerlukan tiga item asas untuk memulakan pelajaran iaitu topeng, snorkel dan sepasang fin. Ini adalah peralatan gear peribadi dan alatan-alatan tersebut perlu sesuai untuk anda supaya anda berasa selesa. Tiga barang asas ini perlu dibeli ataupun meminjamnya di kedai.

3.      Mesti menjadi perenang yang bagus untuk menjadi penyelam scuba.
Menyelam merupakan sukan yang aktif dan semakin bagus keadaan badan anda , semakin mudah untuk menyelam. Tetapi mana-mana individu yang sihat dengan sekurang-kurangnya tahap kecergasan purata boleh juga boleh melakukannya. Mitos ini terjadi akibat daripada kenyataan bahawa terdapat ujian berenang asas pada awal pelajaran scuba. Ujian ketahanan itu ialah berenang sejauh 200 meter tanpa henti. Tetapi ujian ini tidak mempunya had masa dan ianya bukanlah satu perlumbaan. Tujuan ujian ini adalah bagi instructor untuk mengetahui kemahiran asas air yang anda miliki. That’s it!

4.      Menyelam adalah sukan macho yang tidak sesuai untuk wanita.
Kenyataan ini terdapat kebenarannya jika anda hidup di era 70-an. Pada zaman moden ini, wanita kebanyakkannya lebih berani untuk mencuba aktiviti-aktiviti yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki. Hari ini, nisbah lelaki/wanita adalah kira-kira 60/40 dan semua syarikat dari pengeluar peralatan ke pengendali pelancongan menawarkan produk khusus untuk penyelam wanita. Tiada sempadan jantina dalam sukan ini. Terdapat instructor wanita, divemasters, kapten bot dan pemilik resort.

5.      Snorkeling juga sama seronok seperti scuba diving.

Snorkeling adalah satu aktiviti n yang menyeronokkan. Terapung di atas permukaan dan melihat ikan di atas terumbu karang. Tetapi sama seronok? Tak mungkin! Tidak jika anda meminati aktiviti lasak dan mencabar. Snorkeling adalah seperti menonton perlawanan bolasepak dari tingkap, sementara diving seperti masuk dan berlawan di dalam perlawanan itu. Berenang bersama jerung, berada dekat dengan ikan-ikan yang belum pernah dilihat dan menyelam di dalam lautan luas adalah satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan

No comments:

Post a Comment