Wednesday, September 27, 2017

5 Kebaikan Skuba Diving


1) Meningkatkan Kecergasan Fizikal
Skuba diving memerlukan anda untuk berenang semasa dalam laut. Berenang mampu meningkatkan kecergasan tubuh badan kerana ia adalah salah satu senaman kardio dan senaman otot yang memerlukan badan kita bergerak dan berinteraksi dalam tekanan laut yang tinggi.

2) Memulihkan Kecederaan
Air laut mempunyai molekul yang baik untuk tubuh badan kita. Hasil daripada kajian mendapati, seseorang yang berada di bawah laut untuk jangka masa tertentu mampu memulihkan luka dan calar pada badan. Hal ini dipanggil sebagai "Water Healing Effects".

3) Melegakan Stress
Seseorang yang menyelam skuba mampu untuk melepaskan segala stress dan tekanan yang dihadapi kerana proses meditasi yang berlaku secara tidak langsung semasa aktiviti ini. Proses meditasi berlaku kerana pernafasan yang teratur dan membuat penyelam berada dalam keadaan yang tenang.

4) Meningkatkan peredaran darah
Seluruh tubuh badan anda akan bergerak sentiasa semasa berada di bawah laut. Otot-otot memerlukan oksigen untuk bergerak lalu saluran darah akan terbuka untuk memberi oksigen yang secukupnya untuk otot. Hasil daripada pergerakan yang berterusan mampu mengurangkan risiko kepada serangan jantung dan strok.

5) Meningkatkan Sistem Pernafasan
Paru-paru sangat penting kerana ia adalah organ pernafasan manusia dan anda memerlukan teknik yang betul untuk menyelam skuba. Semasa anda menyelam, paru-paru akan berkembang untuk menyerap oksigen untuk bernafas. Sebagaimana anda berusaha untuk bernafas dengan betul, sebegitu juga paru-paru anda bekerja untuk menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh badan.

No comments:

Post a Comment