i. Apa ?
Di mana ? Dan bila ? Bila anda sudah mendapat semua tujuan dan sebab anda
melancong, maka jangan ragu-ragu untuk lakukannya. Apa yang anda mahukan dari
trip tersebut ? Dimana tempat anda ingin lawati dan bila anda akan mulakan perjalanan?
Setelah anda buat keputusan semua ini kemudian barulah anda putuskan untuk
menyelam dimana!
ii.
Kualiti
adalah kunci utama. Kaji tempat yang anda ingin lakukan aktiviti menyelam
dengan betul. Pastikan hotel atau resort yang anda tinggal berpatutan dengan
harga yang anda bayar. Baca review berkenaan dengan tersebut dengan lebih
banyak.
iii.
Periksa
semua alatan dan gear terlebih dahulu. Pengawal selia, BCD, komputer, topeng,
sirip, snorkel periksa semuanya. Semak semua O-ring. Inventori dan restock
semula kit Save-a-Dive anda. Pastikan segala alatan berada dalam keadaan yang
baik dan bersedia untuk digunakan.
iv.
Kemas
peralatan dengan cermat. Buat senarai tentang segala peralatan dan gear untuk
memastikan anda tidak lupa untuk membawa setiap peralatan. Periksa setiap
barang semasa mengemas. Letakan tag nombor di setiap beg untuk memastikan anda
tidak kehilangan beg tersebut.
No comments:
Post a Comment