Wednesday, September 27, 2017

5 Kebaikan Skuba Diving


1) Meningkatkan Kecergasan Fizikal
Skuba diving memerlukan anda untuk berenang semasa dalam laut. Berenang mampu meningkatkan kecergasan tubuh badan kerana ia adalah salah satu senaman kardio dan senaman otot yang memerlukan badan kita bergerak dan berinteraksi dalam tekanan laut yang tinggi.

2) Memulihkan Kecederaan
Air laut mempunyai molekul yang baik untuk tubuh badan kita. Hasil daripada kajian mendapati, seseorang yang berada di bawah laut untuk jangka masa tertentu mampu memulihkan luka dan calar pada badan. Hal ini dipanggil sebagai "Water Healing Effects".

3) Melegakan Stress
Seseorang yang menyelam skuba mampu untuk melepaskan segala stress dan tekanan yang dihadapi kerana proses meditasi yang berlaku secara tidak langsung semasa aktiviti ini. Proses meditasi berlaku kerana pernafasan yang teratur dan membuat penyelam berada dalam keadaan yang tenang.

4) Meningkatkan peredaran darah
Seluruh tubuh badan anda akan bergerak sentiasa semasa berada di bawah laut. Otot-otot memerlukan oksigen untuk bergerak lalu saluran darah akan terbuka untuk memberi oksigen yang secukupnya untuk otot. Hasil daripada pergerakan yang berterusan mampu mengurangkan risiko kepada serangan jantung dan strok.

5) Meningkatkan Sistem Pernafasan
Paru-paru sangat penting kerana ia adalah organ pernafasan manusia dan anda memerlukan teknik yang betul untuk menyelam skuba. Semasa anda menyelam, paru-paru akan berkembang untuk menyerap oksigen untuk bernafas. Sebagaimana anda berusaha untuk bernafas dengan betul, sebegitu juga paru-paru anda bekerja untuk menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh badan.

Monday, September 25, 2017

Perlu ke beli peralatan menyelam untuk skuba diving?



Secara am nya semua orang maklum tentang hal ini, berbalik kepada nama kepada aktiviti ini iaitu SCUBA yang membawa maksud "self-contained under breathing apparatus" Sememangnya seseorang yang ingin melakukan aktiviti ini memerlukan peralatan yang memcukupi untuk ke skuba diving. 

Jadi berbalik kepada persoalan, adakah penyelam perlu untuk membeli peralatan sebelum menyelam. Jawapannya adalah TIDAK, TIDAK, TIDAK.!!! melainkan anda adalah seorang penyelam yang tegar. So, haruslah untuk membeli peralatan- peralatan tersebut. Tetapi jika hanya ingin menyelam skuba untuk hobi dan meluangkan masa lapang anda tidak perlu berbuat demikian. 

Anda boleh menyewa peralatan berkenaan di pusat- pusat selam di sekitar kawasan anda membuat skuba diving. Tetapi harus anda ingat, berwaspada lah semasa skuba diving kerana anda berada dikawasan yang asing bagi anda jadi pemeriksaan peralatan sebelum menyelam adalah sangat penting. Menyelamlah bersama pakar demi keselamatan anda. #DiveSafely

Adakah orang gemuk boleh skuba diving?



Korang jangan sangka orang yang berbadan besar tak boleh skuba diving. Skuba diving ni adalah sukan universal dimana semua orang boleh diving. OK, kalau bercerita pasal obese. Obese adalah lebihan lemak badan yang melebihi 25% dalam badan seseorang lelaki manakala 35% untuk perempuan. Cara lain untuk mengukur komposisi badan ialah melalui Body Mass Index (BMI). Melalui cara ni juga anda dapat mengenal pasti sama ada anda tergolong dalam golongan obese, normal, terlebih berat atau terkurang berat.



Sejauh mana berat badan mempengaruhi aktivitvi yang anda lakukan terutama nya skuba diving. Seumumnya, skuba diving adalah aktiviti yang menyeronokkan dan mendamaikan namun kemalangan boleh berlaku di mana- mana sahaja bukan? Oleh itu, setiap penyelam harus menjaga satu lain semasa melakukan skuba diving.

Sesuatu elemen yang tersangat penting untuk anda tahu ialah tak kira lah berat pun berat anda, selagi badan anda dalam keadaan yang baik. Anda bebas untuk melakukan diving. Hal ini kerana, masalah yang sering timbul adalah disebabkan keadaan badan yang tidak sihat dan ia terjadi tidak kira pada orang yang berbadan besar mahupun orang yang kurus.

Jadi, anda tidak perlu risau jika anda mempunyai berat berlebihan atau pun mempunyai rangka badan yang besar. Jika anda yakin dengan keazaman dan mampu untuk melakukan aktiviti ini. Teruskan kerana berat badan bukan perhalang kepada cita- cita seseorang selagi anda sihat dan yakin pada diri sendiri.

Thursday, September 21, 2017

4 TIPS PENYELAM BARU


        i.            Apa? Di mana? Dan bila? Bila anda sudah mendapat semua tujuan dan sebab anda melancong, maka jangan ragu-ragu untuk lakukannya. Apa yang anda mahukan dari trip tersebut? Dimana tempat anda ingin lawati dan bila anda akan mulakan perjalanan? Setelah anda buat keputusan semua ini kemudian barulah anda putuskan untuk menyelam dimana!
      ii.            Kualiti adalah kunci utama. Kaji tempat yang anda ingin lakukan aktiviti menyelam dengan betul. Pastikan hotel atau resort yang anda tinggal berpatutan dengan harga yang anda bayar. Baca review berkenaan dengan tersebut dengan lebih banyak.
    iii.            Periksa semua alatan dan gear terlebih dahulu. Pengawal selia, BCD, komputer, topeng, sirip, snorkel periksa semuanya. Semak semua O-ring. Inventori dan restock semula kit Save-a-Dive anda. Pastikan segala alatan berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.

    iv.            Kemas peralatan dengan cermat. Buat senarai tentang segala peralatan dan gear untuk memastikan anda tidak lupa untuk membawa setiap peralatan. Periksa setiap barang semasa mengemas. Letakan tag nombor di setiap beg untuk memastikan anda tidak kehilangan beg tersebut.

Wednesday, September 20, 2017

5 Mitos Anda Perlu Tahu Tentang Diving


1.      Terdapat jerung di lautan dan makan penyelam!
Jerung tidak mempunyai tabiat makan manusia. Kecuali jika mereka berada dalam keadaan dan persekitaran tertentu. Jerung biasanya tidak akan berada dekat dengan penyelam ketika di dalam air. Cuba kita lihat pada pandangan jerung. Seekor jerung sedang berenang di dalam lautan dalam dan tiba-tiba jerung itu terlihat buih-buih yang banyak dari makhluk yang tidak dikenali dan kemudian memantulkan cahaya (camera) kepada jerung itu. Perkara pertama yang jerung akan lakukan adalah patah balik dan lari!

2.      Perlu beli bermacam gear scuba hanya untuk belajar scuba diving.
Scuba adalah sukan intensif gear, tetapi anda hanya memerlukan tiga item asas untuk memulakan pelajaran iaitu topeng, snorkel dan sepasang fin. Ini adalah peralatan gear peribadi dan alatan-alatan tersebut perlu sesuai untuk anda supaya anda berasa selesa. Tiga barang asas ini perlu dibeli ataupun meminjamnya di kedai.

3.      Mesti menjadi perenang yang bagus untuk menjadi penyelam scuba.
Menyelam merupakan sukan yang aktif dan semakin bagus keadaan badan anda , semakin mudah untuk menyelam. Tetapi mana-mana individu yang sihat dengan sekurang-kurangnya tahap kecergasan purata boleh juga boleh melakukannya. Mitos ini terjadi akibat daripada kenyataan bahawa terdapat ujian berenang asas pada awal pelajaran scuba. Ujian ketahanan itu ialah berenang sejauh 200 meter tanpa henti. Tetapi ujian ini tidak mempunya had masa dan ianya bukanlah satu perlumbaan. Tujuan ujian ini adalah bagi instructor untuk mengetahui kemahiran asas air yang anda miliki. That’s it!

4.      Menyelam adalah sukan macho yang tidak sesuai untuk wanita.
Kenyataan ini terdapat kebenarannya jika anda hidup di era 70-an. Pada zaman moden ini, wanita kebanyakkannya lebih berani untuk mencuba aktiviti-aktiviti yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki. Hari ini, nisbah lelaki/wanita adalah kira-kira 60/40 dan semua syarikat dari pengeluar peralatan ke pengendali pelancongan menawarkan produk khusus untuk penyelam wanita. Tiada sempadan jantina dalam sukan ini. Terdapat instructor wanita, divemasters, kapten bot dan pemilik resort.

5.      Snorkeling juga sama seronok seperti scuba diving.

Snorkeling adalah satu aktiviti n yang menyeronokkan. Terapung di atas permukaan dan melihat ikan di atas terumbu karang. Tetapi sama seronok? Tak mungkin! Tidak jika anda meminati aktiviti lasak dan mencabar. Snorkeling adalah seperti menonton perlawanan bolasepak dari tingkap, sementara diving seperti masuk dan berlawan di dalam perlawanan itu. Berenang bersama jerung, berada dekat dengan ikan-ikan yang belum pernah dilihat dan menyelam di dalam lautan luas adalah satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan

Tuesday, September 19, 2017

Beginner Teringin Belajar Scuba Diving? Susah ke eh?


Belajar menyelam skuba meliputi tiga (3) frasa iaitu pelajaran akademik yang melibatkan fizikal dan fisiologi menyelam, latihan air terkurung (pool training), dan latihan open-water (sea training).

Selain itu, terdapat juga cara tradisional untuk kursus skuba dan biasanya ianya akan dilakukan di kedai menyelam tempatan 1-2 malam seminggu dan akan berlarutan 3-6 minggu. Setiap sesi latihan biasanya melibatkan sesi kuliah, diikuti oleh beberapa jam di kolam renang untuk membina kemahiran air. Bergantung pada lokasi, kelas-kelas ini juga mungkin melibatkan perjalanan menyelam hujung minggu ke lautan atau tasik.


Home-study kit juga mempunyai bahan latihan yang sama yang digunakan dalam kursus tradisional termasuk video yang dilakukan oleh penyelam lain. Dengan cara ini, diver baru dapat belajar dan mengkaji teknik-teknik menyelam yang betul dan kemudiannya membuat jadula mereka sendiri untuk latihan kolam renang, dan belajar menyelam bersama instructor tempatan atau di resort menyelam. 

Sunday, September 17, 2017

Suka Menyelam? Kenapa "Skuba Diving" Bukan "Free Diving"




Sebelum kita mula menceritakan dengan lebih lanjut mengenai hobi menyelam skuba. 
Pertama sekali, harus kita mengetahui serba sedikit mengenai perbezaan aktiviti menyelam yang sering dilakukan di lautan. 
Bagi individu yang pernah melancong dan melawat kawasan percutian di pulau atau di persisiran pantai pastinya tahu membezakan antara dua aktiviti ini; "scuba diving" dan "free diving". 
Hal ini kerana salah satu aktiviti yang menjadi kewajipan para pelancong saat bercuti semestinya menjelajahi tarikan yang ada di sana. 
Selain daripada dapat menerokai keindahan alam bawah laut, setiap individu yang menyelam mampu mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam. 
Tentu anda tertanya tanya bagaimana menyelam mampu membuat anda mengenali diri anda sendiri, bukan? Teruskan bersama kami di entry seterusnya
OK, berbalik pada topik "Suka Menyelam, Kenapa Scuba Diving bukan Free Diving", di sini kami listkan beberapa info mengenai menyelam skuba dan menyelam bebas.
1. Peralatan
Untuk anda melakukan aktiviti Skuba Diving, anda memerlukan beberapa peralatan sebelum masuk ke dalam laut. Antara equipment menyelam yang anda perlukan adalah seperti berikut;
Gambar 1.1 Mask

Gambar 1.2 Buoyancy Control Device (B.C.D)

Gambar 1.3 Fins

Gambar 1.4 Weight

Gambar 1.5 Regulator

Gambar 1.6 Tank

Tetapi berbanding dengan Free Diving penyelam mungkin hanya menggunakan Mask (Gambar 1.1) dan Fins (Gambar 1.3) sahaja.


2. Skill

Free Diving memerlukan anda untuk memiliki kemahiran yang tinggi semasa menyelam kerana apa? Untuk anda melakukan Free Diving anda harus menahan nafas sedikit lama berbanding berenang kerana anda harus menyelam ke bawah laut untuk beberapa minit yang tertentu. Hal ini memerlukan anda untuk menguasai teknik bernafas yang sistematik dan teratur supaya anda tidak berulang alik ke permukaan untuk mengambil nafas.

Berbanding Scuba Diving, anda tidak memerlukan kemahiran yang tinggi semasa menyelam skuba kerana peralatan yang anda pakai seperti di atas telah sedikit sebanyak membantu anda untuk menjelajahi dunia bawah laut. Pernafasan anda juga dibantu oleh alat sokongan daripada tank jadi anda tidak cuak semasa menyelam.



3. Kebenaran Menyelam

Untuk seseorang melakukan selaman skuba iaitu Scuba Diving, individu tersebut perlu mendapatkan lesen sebagai penyelam laut terbuka atau "Open Water Diver", anda harus mengikuti kursus sebelum menjadi diver yang bertauliah dan diiktiraf, kami akan update di entry baru untuk maklumat yang lebih details. So stay tuneddd

Aktiviti Free Diving biasanya dilakukan oleh penyelam yang berkemahiran tinggi dan sudah biasa dengan kawasan persekitaran tersebut. Mereka tidak memerlukan sebarang lesen untuk melakukan aktiviti free. Kebiasaannya, Free Diving dilakukan berseorang atau berpasangan tetapi Scuba Diving dilakukan dengan pemantauan oleh instruktor diving. 



4. Keselamatan

Seperti yang anda sedia maklum, Scuba Diving memerlukan penyelam untuk menggunakan peralatan sebelum mula memasuki air. Risiko untuk anda lemas adalah sangat rendah kerana anda dibekalkan dengan tangki pernafasan dan peralatan yang lengkap untuk menyelam di dasar lautan. Malah, anda juga dilatih dan diiktiraf sebelum dibenarkan untuk melakukan Scuba Diving. Jadi disini, penting untuk anda dapatkan lesen menyelam yang diiktiraf untuk menjamin keselamatan anda.

Jika dibandingkan dengan Free Diving, anda melakukan aktiviti tersebut atas risiko sendiri tanpa alatan bantuan pernafasan dan pemantauan daripada pakar.


5. Masa 

Point ini boleh dibahaskan sebagai isi paling penting untuk anda semasa melakukan aktiviti menyelam sama ada Scuba Diving atau Free Diving. Bukankah tujuan utama kita menyelam untuk menikmati keindahan panorama dunia bawah laut? Jadi persoalannya dimana keghairahan tersebut apabila kita melakukan Free Diving dengan terpaksa berulang alik ke permukaan untuk bernafas berbanding Scuba Diving dimana kita hanya bernafas dengan tangki pernafasan yang sudah tersedia.


Pilihan Di Tangan Anda, Alangkah ruginya jika saat kita berenang ke permukaan tiba- tiba kita terlepas satu moment dimana hidupan laut yang rare berada disitu.

Tetapi dengan melakukan aktiviti Scuba Diving, 100% jaminan diberikan oleh #CikguDiving dimana anda tidak akan sekali pon terlepas saat-saat indah anda di bawah laut.

So, Scuba Diving ke Free Diving?